KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan rasa bimbang terhadap sebarang cubaan remeh dan menjengkelkan oleh mana-mana pihak bagi menjejas dan menganggu perjalanan prosiding jenayah terhadap Gonzalo Stampa yang sedang berlangsung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata percubaan gerila seperti dilihat dalam media baru-baru ini yang usul difailkan pada 4 Dis lepas tidak lebih daripada sandiwara terbaru dalam pertikaian Sulu, adalah untuk menafikan kedaulatan undang-undang.
"Langkah berbentuk terdesak dan tidak berasas sebelum perbicaraan jenayah Stampa, adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, mahkamah Sepanyol, dan Pendakwa Raya, seharusnya dilihat sebagai aktiviti prosedur penipuan tambahan.
"Tujuannya semata-mata untuk campur tangan, dan menyimpang daripada prosiding jenayah yang sedang berjalan di Sepanyol terhadap Stampa.
Beliau berkata Stampa menghadapi pertuduhan jenayah berhubung hina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan, dan dia dilaporkan akan dihadap ke mahkamah Madrid esok.
Azalina berkata Kerajaan Malaysia menghormati mahkamah Sepanyol serta keputusannya, dan menyangkal sebarang laporan media yang mencadangkan sebaliknya.
"Sepanjang kes ini Malaysia bertindak bagi memelihara haknya sebagai sebuah negara yang berdaulat sebagai respons terhadap aktiviti buruk yang konsisten daripada warga Filipina berkenaan serta wakil mereka. Kerajaan Malaysia penuh yakin dengan sistem kehakiman Sepanyol dalam melaksanakan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata mahkamah Sepanyol, Perancis dan Belanda telah pun mengesahkan kedudukan keseluruhan Malaysia berhubung kes Sulu dan mengenai Anugerah Akhir yang kononnya dikeluarkan oleh Stampa pada 28 Feb 2022 (yang menuntut Malaysia membayar AS$ 14.9 bilion).
Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini telah mengisytiharkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan memerintahkannya untuk menamatkan prosiding, kerana satu-satunya hak beliau untuk bertindak sebagai penimbang tara adalah terbatal.
Stampa yang memperoleh lebih AS$2.5 juta daripada kumpulan mengaku waris Sulu (dibiayai oleh pembiaya litigasi, Therium), dengan sedar enggan mematuhi perintah itu.
Mahkamah di Perancis dan Belanda pula telah mengisytiharkan pada Jun 2023 bahawa Malaysia tidak pernah setuju perkara itu dibawa kepada timbang tara, dan oleh itu timbang tara palsu tidak sepatutnya berlaku.
Azalina berkata percubaa warga Filipina itu untuk menguatkuasakan anugerah yang dikatakan dikeluarkan timbang tara Stampa di Perancis dan Belanda juga tidak berjaya sehingga kini, hasil daripada keputusan mahkamah negara-negara berkenaan.
"Keputusan mahkamah-mahkamah ini mengesahkan bahawa penipuan Sulu dan proses timbang tara yang didakwa itu, tidak lebih daripada percubaan untuk memeras ugut yang direka dengan baik, tetapi benar-benar cacat dan tidak berasas ke atas rakyat Malaysia," katanya.
"Kerajaan Malaysia akan memastikan bahawa kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Malaysia dilindungi dan dipertahankan pada setiap masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Azalina berkata, Stampa menghadapi pertuduhan jenayah berhubung hina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan, dan dia dilaporkan akan dihadap ke mahkamah Madrid esok. - Gambar/ Bernama
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.